PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

CERAMAH DAN PAMERAN KEMPEN KESEDARAN ALAM SEKITAR JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SELANGOR DI KOLEJ VOKASIONAL KLANG

DOE Selangor 28/07/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
CERAMAH DAN PAMERAN KEMPEN KESEDARAN ALAM SEKITAR JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SELANGOR DI KOLEJ VOKASIONAL KLANG
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
28/07/2023
Organisasi
DOE Selangor
Lokasi
Selangor

Penerangan

26 Julai 2023, Klang - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah dijemput untuk mengadakan pameran kesedaran alam sekitar sempena Program Kitar Semula yang dianjurkan oleh Kelab Pengguna & Kitar Semula Kolej Vokasional Klang. Selain pameran, JAS Negeri Selangor turut dijemput untuk menyampaikan ceramah bertajuk "Kitar Semula E-Waste" yang telah disampaikan oleh Encik Omar bin Mohd Amir bertempat di Dewan Bestari kolej tersebut. Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak Kolej Vokasional Klang kerana menganjurkan program hari ini yang dapat memberikan pendedahan kepada para pelajar dan tenaga pengajar kolej tentang tatacara melupuskan E-Waste yang betul. Jabatan Alam Sekitar giat menjalankan kempen, promosi serta hebahan kepada masyarakat segenap peringkat bagi memastikan pemuliharaan alam sekitar sentiasa terpelihara.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan