Penerangan
27 JULAI 2023, MELAKA - Jabatan Alam Sekitar Melaka telah menjalankan Operasi Gempur ke atas sebuah premis di Kawasan Perindustrian Bukit Rambai, Melaka . Hasil siasatan premis ini tertakluk dan tidak patuh kepada Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih)2014, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Tindakan lanjut akan dikenakan kepada pihak premis. Jabatan Alam Sekitar tidak akan berkompromi dengan mereka yang melanggar undang-undang ditetapkan.
Pihak premis diingatkan agar sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan tidak menyebabkan apa-apa pencemaran kepada alam sekitar.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka komited untuk menangani aduan awam dan menyeru orang awam dapat memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan pematuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 supaya kelestrian alam sekitar dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.
#KementerianSumberAsliAlamSekitarDanPerubahanIklim
#JabatanAlamSekitar
#jasnegerimelaka
#AlamSekitarTanggungjawabBersama