Penerangan
26 JULAI 2023, MELAKA - Jabatan Alam Sekitar Melaka telah menjalankan Ops Gempur ke atas bengkel- bengkel di kawasan Cheng. Premis ini merupakan salah satu premis yang disiasat. Hasil siasatan premis patuh Peraturan-Peraturan (Buangan Terjadual) 2005 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Pihak premis diingatkan agar sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan tidak menyebabkan apa-apa pencemaran kepada alam sekitar.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka komited untuk menangani aduan awam dan menyeru orang awam dapat memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan pematuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 supaya kelestrian alam sekitar dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.
#KementerianSumberAsliAlamSekitarDanPerubahanIklim
#JabatanAlamSekitar
#jasnegerimelaka
#AlamSekitarTanggungjawabBersama