Penerangan
Siasatan Dan Aduan Tumpahan Minyak Dan Pemantauan Aktiviti Pembakaran Terbuka di Negeri Sembilan
Seremban- Siasatan aduan mengenai tumpahan minyak pelincir akibat kemalangan di lebuhraya ELITE km 42, arah selatan telah dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan. Hasil siasatan mendapati pihak PLUS telah mengambil tindakkan awal dengan meletakkan habuk kayu bagi membersihkan tumpah minyak pelincir tersebut. JAS mengucapkan terima kasih kepada PLUS kerana telah mengambil tindakkan pantas bagi mengawal pencemaran.
Rondaan hujung minggu bagi Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) juga diteruskan sekitar taman perumahan Taman Semarak, Desa Seri Indah dan Taman Desa Jasmin mendapati masih terdapat aktiviti Pembakaran Terbuka (PT) dilakukan oleh penduduk taman tersebut.
Pegawai telah mengarahkan pelaku untuk memadamkan PT tersebut dan menyerahkan flyers larangan PT kepada pelaku dan orang awam sebagai langkah mendidik dan memberi peringatan.
Pemeriksaan dikawasan perindustrian Nilai 2, Arab Malaysian, Pajam dan Sendayan mendapati tiada sebarang pelepasan abnormal dikesan.
Pihak Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan ingin mengingatkan kepada orang awam dan pemilik tanah bahawa melakukan pembakaran terbuka adalah merupakan satu kesalahan di bawah peruntukan Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan boleh dikompaun sebanyak RM 2,000.00.
Semoga dengan peringatan ini ianya dapat mendidik masyarakat dalam memperkasa dan memastikan kelestarian alam sekitar terus terpelihara untuk generasi yang akan datang.
#kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasn9
#alamsekitartanggungjawabbersama