Penerangan
CAMERON HIGHLANDS, 26 Jun 2023 - Jabatan Alam Sekitar Cawangan Cameron Highlands telah menjalankan pemeriksaan ke atas Loji Insinerator Cameron Highlands bagi memastikan pematuhan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Arahan lapangan telah dikeluarkan kepada premis untuk tindakan pembetulan dan penambahbaikan.
Pihak industri diingatkan agar sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan tidak melakukan pencemaran terhadap Alam Sekeliling.