Penerangan
CHENDOR, 24 Jun 2023 - Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang dan JAS Cawangan Gebeng telah menyertai aktiviti penanaman pokok bakau dan pelepasan anak penyu di kawasan Mukim Chendor, Pahang anjuran BASF PETRONAS Chemicals dibawah inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) berpaksikan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Syabas dan tahniah diucapkan BASF PETRONAS Chemicals, Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) Pahang dan semua pihak yang terlibat di atas usaha memelihara hutan paya bakau untuk kelestarian alam sekitar bersama.