Penerangan
KUANTAN, 25 Julai 2023 - JAS Negeri Pahang telah membuat lawatan pemantauan kerja penyelenggaraan peralatan Stesen Pengawasan Air Sungai Automatik untuk Sungai Kuantan yang dilakukan pihak konsesi.
Stesen Pengawasan Kualiti Air Automatik beroperasi 24 jam dipantau terus oleh Pusat Data Alam Sekitar (EDC) berpusat di Ibu Pejabat JAS Putrajaya bagi memantau kualiti air sungai dan akan memberi amaran awal jika berlaku insiden pencemaran air sungai.