Penerangan
25 Julai 2023, Shah Alam - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah dijemput untuk mengadakan pameran kesedaran alam sekitar di Majlis Perasmian Sempena Hari Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar sedunia peringkat Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad.
JAS Negeri Selangor mengambil peluang ini bagi berkongsi maklumat serta melaksanakan kempen kesedaran alam sekitar kepada kakitangan Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad yang hadir disamping turut membuka kaunter pendaftaran Rakan Alam Sekitar (RAS) secara atas talian dengan mengimbas kod QR yang disediakan.