PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Peralatan Teknikal|Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS|Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan

LAWATAN PELAJAR PRAKTIKAL JAS MELAKA KE STESEN PEMANTAUAN KUALITI UDARA MANUAL DAN AUTOMATIK

DOE Melaka 27/07/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAWATAN PELAJAR PRAKTIKAL JAS MELAKA KE STESEN PEMANTAUAN KUALITI UDARA MANUAL DAN AUTOMATIK
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
26/07/2023
Organisasi
DOE Melaka
Lokasi
Melaka

Penerangan

24 JULAI 2023, MELAKA - Program lawatan sambil belajar bagi pelajar yang sedang menjalani latihan industri di Jabatan Alam Sekitar Melaka ke Stesen Pemantauan Kulaiti Udara Manual MA15M di Xinyi Energy Glass di Jasin, Melaka  dan Stesen Automatik CA28M  di Sekolah Tinggi Melaka. Stesen Manual  di Jasin  untuk memantau kualiti udara di sekitar kawasan tersebut  bagi parameter PM10 dan PM2.5 dan  keputusan data  bagi  pemantauan tersebut hanya seminggu sekali sahaja . Sampel tersebut  akan dihantar ke makmal untuk mengetahui  keputusan  data  bagi PM2.5 dan PM10. Bagi stesen automatik pula kita  boleh dapat bacaan real time  dan dipaparkan  1 jam sekali di laman http://apims.doe.gov.my/ dan boleh dilihat oleh orang awam.   Semua sistem automatik dan manual adalah di selenggara oleh kontraktor yang dilantik Pakar Scieno TW Sdn Bhd (PSTW ) melaksanakan Program Pemantauan Kualiti Alam Sekitar (EQMP). Terima kasih kepada wakil En.  Abdillah wakil PSTW Melaka bagi penerangan kepada para pelajar.  Kualiti udara yang baik adalah asas kepada kesejahteraan kita. Kehadiran bahan pencemar di udara boleh menjejaskan kesihatan kita, menyebabkan kerosakan ekologi, serta memberi kesan buruk kepada iklim kita. Di Malaysia, strategi, termasuk instrumen kawal selia untuk menguruskan pencemaran udara telah menyumbang kepada udara yang agak bersih untuk rakyatnya. Walau bagaimanapun, sesetengah bahan pencemar, termasuk yang timbul daripada sumber rentas sempadan masih boleh melebihi piawaian yang berkaitan. Elemen penting dalam menguruskan kualiti udara kita ialah rangkaian pemantauan dan penilaian kualiti udara yang berkesan dan bermakna. Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka komited untuk menangani aduan awam dan menyeru orang awam dapat memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan pematuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 supaya kelestrian alam sekitar dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara. #KementerianSumberAsliAlamSekitarDanPerubahanIklim #JabatanAlamSekitar #jasnegerimelaka #AlamSekitarTanggungjawabBersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan