Penerangan
PAMERAN ALAM SEKITAR SEMPENA BENGKEL KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN ANJURAN KEMAS, DAERAH KUALA PILAH
9 Julai 2023 , Kuala Pilah - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan dengan kerjasama KEMAS Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan telah menganjurkan Pameran Alam Sekitar sempena Bengkel Kemahiran Keibubapaan Siri 4/2023 Kemas Daerah Kuala Pilah bertempat di Dewan Orang Ramai Kg Senaling, Kuala Pilah.
Bengkel ini telah dirasmikan oleh Puan Ruzana binti Omar, Pegawai KEMAS Daerah Kuala Pilah. Bengkel ini melibatkan KEMAS Daerah Kuala Pilah, Tabung Haji dan warga komuniti Kuala Pilah .
JASNS telah mengadakan pameran serta memberi taklimat berkaitan program Pengumpulan E-waste dan mempromosi program Rakan Alam Sekitar (RAS). Diharapkan program seperti ini dapat dilaksanakan dengan lebih kerap dengan penglibatan dari pelbagai pihak supaya usaha murni untuk mengamalkan gaya hidup lestari dibudayakan di kalangan masyarakat.
#kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasn9
#alamsekitartanggungjawabbersama