PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

MESYUARAT BERSAMA JABATAN AUDIT NEGARA

DOE Sabah 24/07/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT BERSAMA JABATAN AUDIT NEGARA
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
24/07/2023
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>KOTA KINABALU

Penerangan

?????????????? Jabatan Audit Negara Negeri Sabah sedang menjalankan Pengauditan Pengurusan Pembangunan Kawasan Tanah Tinggi Di Negeri Sabah dan salah satu skop pengauditan adalah berkaitan kesan pencemaran alam sekitar oleh pembangunan yang tidak lestari. Skop kajian adalah tertumpu kepada pencemaran berpunca daripada aktiviti pertanian (penggunaan baja) dan juga pelepasan kumbahan daripada aktiviti pelancongan. Jab Audit Negara (Sabah) telah memohon bantuan JAS Sabah bagi mendapatkan input teknikal berkaitan perkara ini. Sesi perkongsian Kesan Pencemaran Sungai & Status Kualiti Sungai di Kundasang telah diadakan pada 14 Julai 2023 bertempat di Jabatan Audit Negara (Sabah). PP(K)/TP MJJ & PP(K) CHN telah menjelaskan berhubung kawalan pencemaran air sungai di bawah bidangkuasa JAS, menerangkan status kualiti Sungai Liwagu melalui EQMP dan JAN (Sabah) memohon bantuan JAS bagi persampelan 2 punca pencemaran dan persampelan 2 sungai (ambien) di Kundasang. JAN (Sabah) juga memaklumkan selain JAS, input daripada JPAS, JPS, Majlis Daerah Ranau, JMG dan agensi lain berkaitan juga akan disusul. JAN (Sabah) mengucapkan penghargaan kepada JAS di atas input teknikal dan bantuan yang diberikan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan