PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

PROGRAM ADVOKASI - KENALI TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA MALAYSIA (TTPM)

DOE Sabah 24/07/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM ADVOKASI - KENALI TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA MALAYSIA (TTPM)
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
24/07/2023
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>KOTA KINABALU

Penerangan

????????????????????????????? PROGRAM ADVOKASI - KENALI TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA MALAYSIA (TTPM) 12 Julai 2023, 9.30 pagi, Auditorium KPKPS- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sabah telah mengadakan Program Advokasi - Kenali Tribunal Tuntuan Pengguna Malaysia (TTPM). Jemputan program adalah untuk penjawat awam di negeri Sabah dan JAS Sabah diwakili oleh Puan Mardianah Aliska. ??Program ini adalah bertujuan untuk menerangkan kepada penjawat awam mengenai TTPM. ??TTPM merupakan satu badan separa kehakiman yang bebas yang ditubuhkan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan beroperasi di bawah naungan KPDN. ??TTPM merupakan saluran alternatif kepada pengguna bagi membuat tuntutan tebus rugi terhadap penjual/penyedia perkhidmatan (bagi kegunaan sendiri isirumah) dengan cara mudah, murah dan cepat dengan tuntutan adalah tidak melebihi RM 50,000.00. Taklimat telah disampaikan oleh Puan Sandra Ko iaitu Timbalan Pengerusi TTPM. Program diselang selikan dengan sesi kuiz dan diakhiri dengan acara penyampaian sijil penyertaan dan bergambar

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan