PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

MESYUARAT KECEMASAN BAGI MEMBUANG DAN MEMBERSIHKAN SISA BUANGAN TERJADUAL DI LOJI KUMBAHAN DAN SALURAN PAIP PEMBENTUNGAN KKIP KOTA KINABALU

DOE Sabah 24/07/2023 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT KECEMASAN BAGI MEMBUANG DAN MEMBERSIHKAN SISA BUANGAN TERJADUAL DI LOJI KUMBAHAN DAN SALURAN PAIP PEMBENTUNGAN KKIP KOTA KINABALU
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
24/07/2023
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>KOTA KINABALU

Penerangan

MESYUARAT KECEMASAN BAGI MEMBUANG DAN MEMBERSIHKAN SISA BUANGAN TERJADUAL DI LOJI KUMBAHAN DAN SALURAN PAIP PEMBENTUNGAN KKIP KOTA KINABALU -Mesyuarat Tapak Bil.9/2023 ???? ???: 07.07.2023 (Jumaat) ??:2.00 – 3.30pm ??:Jabatan Perkhidmatan Pembentungan, Wisma Tun Fuad Stephens PENGERUSI: KPP Bahagian Kejuruteraan Proses dan Alam Sekitar WAKIL JAS: PP(K)MJJ & PPJJJ RINGKASAN MESYUARAT 1. Mesyuarat yang diadakan merupakan mesyuarat bilangan kesembilan bagi memaklumkan status pembersihan sisa buangan terjadual di loji kumbahan dan saluran paip pembentungan KKIP Kota Kinabalu. 2. Pihak kontraktor dilantik memaklumkan mesyuarat status projek adalah mengikut jadual dan dijangka akan selesai pada 15 Julai 2023 (tarikh mula 16 Jun 2022). 3. Melalui ujian visual yang dijalankan oleh pihak JPP, tiada lagi sisa minyak kelihatan dalam loji kumbahan KKIP. Sampel telah diambil dan menunggu keputusan daripada pihak makmal (parameter dipantau: AN, COD dan minyak & gris) bagi memastikan sama ada masih terdapat lagi sisa minyak dari loji berkenaan ULASAN WAKIL JAS 1. Pihak JAS memohon salinan rakaman kamera yang dibuat oleh pihak kontraktor dalam sistem kumbahan di manhole yang terjejas bagi membantu JAS dalam siasatan mengenalpasti punca pencemar 2. JAS juga memohon pihak JPP untuk memaklumkan keputusan analisa sampel yang dijalankan 3. Wakil JAS juga memaklumkan peralatan pakai buang yang digunakan untuk membersihkan sisa buangan terjadual hendaklah dilupuskan melalui kontraktor yang dilesenkan oleh JAS PENUTUP JAS dan agensi yang berkaitan dijemput ke pemeriksaan di lapangan bagi loji kumbahan KKIP pada 13 Julai 2023 (Khamis) bagi melihat status terkini kerja-kerja pembersihan yang hampir siap dijalankan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan