PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan

RINGKASAN LAPORAN RONDAAN PEMANTAUAN PENCEMARAN DI KAWASAN SHAH ALAM UTARA & MBPJ

DOE Selangor 24/07/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RINGKASAN LAPORAN RONDAAN PEMANTAUAN PENCEMARAN DI KAWASAN SHAH ALAM UTARA & MBPJ
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
24/07/2023
Organisasi
DOE Selangor
Lokasi
Selangor

Penerangan

TARIKH/HARI: 19 Julai 2023 (Rabu) MASA : 11.00 am - 7.00 pm 1. Rondaan pemantauan pencemaran dan pembakaran terbuka telah dijalankan di kawasan perindustrian dan komersial di sekitar kawasan Shah Alam Utara & kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya. 2. Siasatan aduan pembakaran terbuka telah dibuat di kawasan Denai Alam Recreational & Riding Club. Hasil pemeriksaan beberapa longgokan makanan kuda dan tiada sebarang pembakaran terbuka berlaku. Arahan lapangan dan brochure larangan pembakaran terbuka telah dikeluarkan terhadap premis sebagai larangan dan peringatan untuk memastikan tiada pembakaran terbuka dibuat oleh premis. Pemantauan akan dijalankan dari masa ke semasa terhadap premis. 3. Rondaan diteruskan dengan menyiasat satu aduan pembakaran oleh pemilik kedai motor. Hasil siasatan mendapati terdapat satu longgokan sampah seperti plastik minuman yang dibuang di rizab jalan bersebelahan kedai motor tersebut. Pekerja kedai motor tersebut telah diberi penerangan dan brochure tentang larangan pembakaran terbuka. 4. Rondaan diteruskan di kawasan-kawasan perindustrian, hasil pemerhatian mendapati kebanyakan premis beroperasi pada cuti umum kecuali beberapa premis sahaja yang tidak beroperasi. 5. Tinjauan di longkang-longkang disekitar kawasan premis yang beroperasi mendapati tiada sebarang pencemaran atau kesan pencemaran dikesan. 6. Pemeriksaan pada cerobong premis pula tiada sebarang pelepasan asap hitam. 7. Secara keseluruhannya, keadaan kawasan rondaan adalah baik dan tiada sebarang pencemaran yang dikesan.  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan