Penerangan
?? SESI LIBAT URUS DAN MEMUDAHCARA PROJEK FAST-TRACK KAPAL PENJANAKUASA 'KARPOWERSHIP' SEBAGAI PELAN MITIGASI PANTAS MEMPERBAIKI KEUPAYAAN PENJANAAN DI NEGERI SABAH ??
?? Tarikh: 6 Julai 2023 (Khamis)
? Masa: 11.30 Pagi - 1.30 Petang
?? Tempat: Bilik Mesyuarat ECoS, Tingkat 9, Wisma Innoprise, KK
??????? Pengerusi: Datuk Ir. Abdul Nasser Bin Abdul Wahid (CEO ECoS)
??????? Kehadiran JAS Sabah: PP FM
?? Ringkasan Laporan Sesi Libaturus:
?? Berikutan masalah kekurangan keupayaan penjanaan yang berlaku di Negeri Sabah, satu pelan mitigasi telah diluluskan diperingkat Jawatankuasa Perancangan dan Perlaksanaan Pembekalan Elektrik dan Tarif (JPPPET) Sabah iaitu projek penyewaan dua (2) buah Kapal Penjanakuasa 'Karpowership' yang merupakan suatu projek fast-track.
?? Projek ini perlu dioperasikan dalam tempoh dua (2) bulan lagi iaitu dijangka pada bulan September 2023. Tempoh penjanaan kuasa menggunakan kapal ‘Karpowership’ bersifat interim iaitu selama lima (5) tahun sahaja. Tujuan sesi libaturus diadakan adalah bagi memastikan semua keperluan Jabatan/Agensi yang berkaitan dipatuhi.
?? Dua (2) buah Kapal Penjanakuasa 'Karpowership' ini disewa daripada Turki dan melibatkan kapasiti penjanaan kuasa elektrik sehingga 200 MW dengan menggunakan bahanapi Heavy Fuel Oil (HFO) yang dibakar dalam Reciprocating Engine Generator & dan melibatkan penggunaan Steam Turbine.
?? Lokasi kapal-kapal berkenaan dilabuhkan dan diapungkan (floating anchorage area) yang dicadangkan adalah di kawasan berdekatan Pelabuhan POIC Lahad Datu & Pesisir Pantai POIC Sandakan.
?? Wakil JAS Sabah memaklumkan memandangkan kaedah penjanaan kuasa melibatkan penghasilan stim dengan kapasiti melebihi 10 MW, aktiviti yang dicadangkan tertakluk EIA di bawah Aktiviti 11(a), Jadual Pertama, Perintah EIA 2015 yang akan diproses oleh JAS Sabah. Walau bagaimanapun, Tuan Pengerusi meminta Penggerak Projek untuk mengemukakan permohonan pengecualian EIA kepada JAS Ibu Pejabat, Putrajaya kerana projek ini perlu dipercepatkan demi kepentingan Negeri Sabah.
?? Wakil JAS Sabah juga memaklumkan keperluan untuk mengemukakan dokumen Pemberitahuan Bertulis (PB) di bawah Peraturan 5, PPKAS (UB) 2014 kepada JAS Sabah sebelum kapal penjanakuasa beroperasi di lokasi yang dicadangkan termasuk keperluan utk mematuhi nilai batas pelepasan bahan pencemar udara di bawah Jadual Ketiga, PUB 2014