Penerangan
MESYUARAT BAHAGIAN PEMBANGUNAN BIL. 1/2023 ?????????????????????????
?? Tarikh: 27 Jun 2023 (Selasa)
? Masa : 8.30 pagi - 12.00 tengahari
?? Tempat : Bilik Mesyuarat Sipadan, JAS Sabah
??????? Pengerusi : KPP AHM
1?? Mesyuarat dimulakan dengan perutusan daripada Pengerusi Mesyuarat iaitu KPP AHM. Tuan Pengerusi seterusnya memperkenalkan diri serta menyatakan asprirasi beliau bagi hala tuju Bahagian Pembangunan. Tuan Pengerusi juga merakam ucapan terima kasih serta penghargaan kepada pegawai-pegawai yang telah bertukar ke Bahagian Operasi iaitu PKK SJ, PPKK SL, PJ NDO dan PPTM MFMK atas usaha serta sumbangan yang telah dilaburkan sepanjang bertugas di Bahagian Pembangunan. Tuan Pengerusi juga mengucapkan selamat datang kepada PKK MAA, PPKK RD dan PJ SK yang telah bertukar ke Bahagian Pembangunan daripada Bahagian Operasi.
2?? Sesi kedua merupakan sesi memperkenalkan diri bagi setiap pegawai di Bahagian Pembangunan kepada Tuan Pengerusi.
3?? Setiap unit dalam Bahagian Pembangunan (Unit EIA & Input Pembangunan, Unit Post EIA, Unit Pemberitahuan Bertulis & Kebenaran Bertulis serta Unit Komunikasi Strategik & Pengawasan) turut membentangkan laporan berkenaan unit masing-masing termasuk melaporkan sebarang isu-isu atau kekangan yang wujud dalam melaksanakan tugasan. Setiap unit juga turut diberi peluang untuk menyatakan jika ada sebarang hasrat atau goal tertentu yang ingin dicapai kepada Tuan Pengerusi.
4?? Setelah mendengar kesemua pembentangan, Tuan Pengerusi memberikan ulasan/buah fikiran serta kesimpulan beliau bagi menyelesaikan sebarang masalah atau kekangan yang mungkin dihadapi di Bahagian Pembangunan. Tuan Pengerusi juga menyarankan agar pegawai-pegawai di Bahagian Pembangunan mengambil kompetensi yang dianjurkan oleh pihak EiMAS.
5?? Sesi bergambar juga diadakan untuk Bahagian Pembangunan bersama-sama Tuan Pengerusi