Penerangan
LAPORAN RONDAAN UNIT OMPT
TARIKH : 18.07.2023 (SELASA)
MASA : 8:00 AM - 6:00PM
PEGAWAI PERONDA :
PP RK dan PJ RZD (memandu)
KAW. RONDAAN:
Pejabat - KKIP - Kayu Madang - Menggatal - Inanam - Putatan - Pejabat
TUGAS:
1. Rondaan di TPS Kayu Madang dan kawasan kekitar berikutan bacaan IPU yang meningkat pada 17 Julai 2023.
2. Siasatan PT.
3. Rondaan OMPT.
4. Mengambil pegawai Ibu Pejabat di Lapangan terbang untuk memberikan taklimat Geospas di Pejabat JAS Sabah.
5. Menghantar pegawai Ibu Pejabat ke hotel selepas taklimat selesai.
PENEMUAN:
1. Tinjauan dan rondaan di sekitar Politeknik tidak menjumpai punca PT yang boleh menyumbang kepada peningkatan bacaan IPU. Temubual terhadap beberapa penduduk sekitar juga tiada menyatakan sebarang aktiviti/punca pembakaran di kawasan sekitar dalam 2-3 hari yang lepas. Asap pembakaran hanya ketara semasa kebakaran TPS Kayu Madang. Tinjauan di TPS Kayu Madang mendapati terdapat 1 punca asap halus yang kelihatan dari timbunan sampah di kawasan yang telah dipadamkan sebelum ini. Arahan pemadaman punca asap telah diberikan kepada pekerja DBKK yang berada di tapak. Kontraktor telah dihubungi untuk memadamkan punca asap yang kemungkinan masih mempunyai bara dibawah longgokan sampah. Pekerja DBKK memaklumkan, walaupun kebakaran telah padam sepenuhnya pada 14 Julai 2023, tetapi pihak mereka masih memantau punca asap yang kemungkinan masih ada disebabkan kemungkinan terdapat bara yang belum padam sepenuhnya terutama dikawasan cerun yang tidak dapat ditimbus tanah sepenuhnya.
2. Semasa dalam perjalanan ke lokasi aduan di Penampang, pasukan penyiasat menjumpai asap pembakaran sampah sarap di kawasan bengkel di kawasan Menggatal. Arahan pemadaman serta-merta telah diberikan kepada pelaku. FC telah dikeluarkan.
3. Pasukan penyiasat tidak sempat meneruskan perjalanan ke lokasi aduan kerana perlu mengambil pegawai Ibu Pejabat di Lapangan Terbang.
TINDAKAN PENGUATKUASAAN:
1. FC dan Edaran Risalah larangan melakukan PT.
2. Syor NA atau Kompaun kepada pemilik bengkel.
Cuaca : Panas dan Mendung di waktu petang.
Sekian dimaklumkan.