PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

KEM KESEDARAN ALAM SEKITAR SEMPENA HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2023 ANJURAN JABTAN ALAM SEKITAR DENGAN KERJASAMA RAKAN STRATEGIK JX NIPPON OIL AND GAS EXPLORATION MALAYSIA LIMITED

DOE WP Labuan 24/07/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KEM KESEDARAN ALAM SEKITAR SEMPENA HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2023 ANJURAN JABTAN ALAM SEKITAR DENGAN KERJASAMA RAKAN STRATEGIK JX NIPPON OIL AND GAS EXPLORATION MALAYSIA LIMITED
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
24/07/2023
Organisasi
DOE WP Labuan
Lokasi
W.P Labuan

Penerangan

TARIKH: 15 JULAI 2023 MASA: 6.00 PAGI SEHINGGA 5 PETANG Kehadiran: 50 pelajar Sekolah Menengah St Anne, 5 orang guru iringan, Jabatan Alam Sekitar dan Jx Nippon Kem kesedaran alam sekitar sempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2023 telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik JX Nippon Oil and Gas Exploration Malaysia Limited. Penyertaan seramai 50 pelajar Sekolah menengah St Anne telah memeriahkan lagi acara yang dijalankan. Antara aktiviti yang berlansung sepanjang program adalah Pertandingan KUDAH (Kutip Sampah sambil Riadah) yang berjaya mengumpulkan sebanyak 172.5 kilogram sampah kitar semula seperti kaca, plastik, dan kertas. Selain itu, kem ini juga telah memberikan kesedaran kepada peserta melalui dua (2) ceramah yang dikendalikan oleh Jabatan Alam Sekitar. Tidak dilupakan juga pendaftaran ahli RAS yang telah mengumpul keseluruhan ahli seramai 92 orang pada tahun 2023 ini. Antara aktiviti lain yang dijalankan bagi menarik minat pelajar sekaligus memberi kesedaran kepada mereka ialah pertandingan melukis poster yang bertemakan "Beat Plastic Pollution". Program telah diperlihatkan lukisan-lukisan cantik yang sengit untuk dipertandingkan. Seterusnya penyampaian hadiah telah mengambil tempat ketika majlis penutupan Kem Kesedaran Alam Sekitar ini. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan dan Timbalan Pengarah Urusan JX Nippon, diserikan lagi dengan kehadiran dif-dif kehormat dari Perbadanan Labuan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Pengetua SM St Anne dan JX Nippon. Sebelum majlis ditamatkan, dif-dif kehormat sempat melakukan aktiviti menanam pokok sebagai simbolik untuk terus berusaha menjaga alam sekitar agar dapat dinikmati oleh generasi akan datang. Keriangan dan kemeriahan majlis pasti menjadi kenangan dan ingat-ingatan kepada semua yang terlibat. Melalui Kem Kesedaran Alam sekitar ini, diharapkan dapat memberi kesedaran kepada generasi muda agar terus cakna akan alam sekeliling selari dengan pembangunan mampan dan kehendak kelestarian alam sekitar. "Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama" #JASMalaysia #JASWPLabuan