Penerangan
TARIKH: 16 JULAI 2023
MASA: 7.00 PAGI SEHINGGA 5 PETANG
KEHADIRAN PESERTA: ORANG AWAM, KRT JEMPUTAN
KEHADIRAN JAS: PPK MS, PPK MMA, PJ AS, PJ GOG, MYSTEP41 NAA, PRAKTIKAL AFINI
SEMARAK MUZIUM merupakan satu program yang dianjurkan oleh Muzium Marin Labuan, terdapat banyak aktiviti menarik yang telah dilakukan. Jabatan Alam Sekitar telah dijemput untuk mengadakan pameran. Oleh itu, JASWPL telah mengadakan pameran alatan pemeriksaan, mengadakan promosi pendaftaran ahli Rakan Alam Sekitar (RAS), membuat pocket talk dan sharing session pada sesi pagi. Kemeriahan booth Jabatan Alam Sekitar menggambarkan bahawa masyarakat cakna akan kepentingan menjaga alam sekeliling. Pendaftaran RAS juga berjaya mengumpul sebanyak lebih kurang 40 orang ahli baru. Aktivist alam sekitar juga datang untuk memberi sokongan kepada usaha murni Jabatan Alam Sekitar menyebarkan kesedaran kepada orang ramai. Sesi photobooth juga disediakan untuk orang ramai mengukir kenangan mereka.
Pada sesi petang pula, Jabatan Alam Sekitar telah menjalankan ceramah pencemaran alam sekitar yang disampaikan oleh Cik Nur Aliya Adibah Binti Hasanuddin, Pegawai Sebaran Maklumat Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan. Melalui ceramah yang dibentangkan, telah banyak menjawab persoalan yang diajukan oleh para peserta. Setelah selesai sesi ceramah, aktiviti diteruskan dengan acara "BEACH CLEAN UP" yang dijalankan untuk memupuk perpaduan sesama masyarakat untuk terus berganding bahu menjaga kelestarian alam sekeliling.
Besarlah harapan Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan agar program dan aktiviti seperti ini lebih banyak digiatkan bagi membuka mata masyarakat untuk terus konsisten menjaga alam sekitar yang menjadi anugerah terbesar dari Tuhan kepada manusia sejagat. Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan juga akan terus bersikap tegas bagi memastikan kelestarian dan keselesaan bumi.
Sekian dan terima kasih.