Penerangan
Pada 21.07.2023 (Jumaat), JAS WP Labuan telah menawarkan kompaun ke atas satu (1) premis yang tidak mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Jumlah kompaun yang dikeluarkan berjumlah rm12,000.00
Sebanyak 4 peraturan yang tidak dipatuhi dan melibatkan 4 jenis buangan iaitu SW417, SW409, SW410 dan SW104. Empat kesalahan yang dikesan melibatkan:
1. Peraturan 8(1), bekas tidak distor di dalam stor buangan terjadual yang dibenarkan
2. Peraturan 9(3), Bekas tidak bertutup semasa penstoran,
3. Peraturan 9(1), bekas yang tidak sesuai digunakan bagi menyimpan buangan terjadual.
4. Peraturan 10(1), Tiada label berkaitan tiada tarikh, nama, alamat dan no telefon pengeluar buangan
Premis telah memberi maklumbalas Field Citation (FC) dan patuhi arahan pembaikan
Penguatkuasaan dan pemeriksaan premis di Wilayah Persekutuan Labuan perlu terus dilaksanakan untuk memberi kesedaran kepada kepentingan menjaga Alam Sekitar.
#JASMalaysia
#JASWPLabuan