PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar|Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

TAWARAN KOMPAUN HASIL PENGUATKUASAAN DAN PEMERIKSAAN PREMIS DI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

DOE WP Labuan 24/07/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
TAWARAN KOMPAUN HASIL PENGUATKUASAAN DAN PEMERIKSAAN PREMIS DI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
24/07/2023
Organisasi
DOE WP Labuan
Lokasi
W.P Labuan

Penerangan

Pada 21.07.2023 (Jumaat), JAS WP Labuan telah menawarkan kompaun ke atas satu (1) premis yang tidak mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Jumlah kompaun yang dikeluarkan berjumlah RM 8,000.00 Sebanyak 4 peraturan yang tidak dipatuhi dan melibatkan 3 jenis buangan iaitu SW306, SW409 dan SW410. Empat kesalahan yang dikesan melibatkan: a) Peraturan-Peraturan 8 (1), Premis telah gagal meletakkan sisa buangan di dalam stor buangan. b) Peraturan-Peraturan 10 (1), Premis telah gagal meletakkan label buangan terjadual iaitu tarikh bila buangan terjadual dikeluarkan buat kali pertama, nama, alamat dan nombor telefon pada bekas buangan terjadual. c) Peraturan-Peraturan 10 (2), Premis telah gagal meletakkan label dengan jelas mengikut jenis yang terpakai baginya pada bekas buangan terjadual d) Peraturan-Peraturan 11, Premis gagal untuk mengemukakan inventori terkini Premis telah memberi maklumbalas Field Citation (FC) dan patuhi arahan pembaikan Penguatkuasaan dan pemeriksaan premis di Wilayah Persekutuan Labuan perlu terus dilaksanakan untuk memberi kesedaran kepada kepentingan menjaga Alam Sekitar. #JASMalaysia #JASWPLabuan

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan