Penerangan
WP KUALA LUMPUR, 25 JUN 2023- JASWPKL bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menjalankan satu Ops Bunyi Bising Motosikal di Lebuhraya Damansara Hulu Klang (DUKE), Kuala Lumpur.
Dalam operasi ini 150 buah motosikal telah diperiksa secara visual dan 15 buah motosikal diuji untuk pengukuran bunyi bising. Daripada pemeriksaan tersebut 9 Kompaun & 9 Notis Arahan telah dikeluarkan. Seramai 9 anggota dari JASWPKL, 5 anggota PDRM, 30 pegawai dan anggota JPJ terlibat dalam operasi ini.
Orang ramai diingatkan supaya tidak mengubahsuai ekzos motosikal dengan mengeluarkan bunyi bising melebihi 95 dBA mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising) 1987, Akta Kualiti Alam Sekeliling, (AKAS), 1974.