Penerangan
WP KUALA LUMPUR, 7 APRIL 2023- JASWPKL bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menjalankan satu Ops Bunyi Bising di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Dalam operasi ini 45 buah motosikal telah diperiksa. Daripada pemeriksaan tersebut 14 kompaun & 14 Notis Arahan telah dikeluarkan. Seramai 7 anggota dari JASWPKL dan 15 anggota polis trafik terlibat dalam operasi ini.
Orang ramai diingatkan supaya tidak mengubahsuai ekzos motosikal dengan mengeluarkan bunyi bising melebihi 95 dBA mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising) 1987, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974.