PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

Kursus Kawalan Bahan Pemusnah Ozon Bil 1 Tahun 2023

DOE WP Putrajaya 24/07/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Kursus Kawalan Bahan Pemusnah Ozon Bil 1 Tahun 2023
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
24/07/2023
Organisasi
DOE WP Putrajaya

Penerangan

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Ibu Pejabat dengan kerjasama Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) telah mengadakan Kursus Kawalan Bahan Pemusnah Ozon Bil 1 Tahun 2023 di KSL Esplanade Hotel, Klang selama 4 hari mulai 13 hingga 16 Jun 2023.  Kursus ini telah dihadiri oleh 24 orang penguatkuasa JKDM dan 9 orang penguatkuasa JAS. Kursus ini telah dirasmikan oleh YBrs Puan Zuraini Othman, Pengarah Operasi Perkastaman / Perkhidmatan Teknik Zon Tengah yang turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Encik Ryan Ooi Chean Weai, Ketua Seksyen Perlindungan Ozon. Objektif kursus ini adalah adalah untuk pembangunan kapasiti pegawai penguatkuasa JKDM dan JAS mengenai penguatkuasaan pengimportan dan pengeksport bahan-bahan pemusnah ozon di bawah Protokol Montreal serta kesedaran kepentingan perlindungan lapisan ozon. Majlis Penutup kursus yang diadakan pada 16 Jun telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor, Puan Nor Aziah Jaafar. Majlis ini turut disertai oleh Tuan Hasbollah bin Din, Timbalan Pengarah Kastam Negeri dan Ketua Seksyen Perlindungan Ozon.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan