PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar|Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPERASI BERSEPADU PELEPASAN DARIPADA KENDERAAN BERENJIN PETROL DAN BUNYI BISING KENDERAAN MOTOR DENGAN KERJASAMA BAHAGIAN TRAFIK, IPD TRAFIK MELAKA TENGAH

DOE Melaka 18/07/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI BERSEPADU PELEPASAN DARIPADA KENDERAAN BERENJIN PETROL DAN BUNYI BISING KENDERAAN MOTOR DENGAN KERJASAMA BAHAGIAN TRAFIK, IPD TRAFIK MELAKA TENGAH
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
24/07/2023
Organisasi
DOE Melaka

Penerangan

17 Julai 2023, MELAKA - Pasukan Unit Kenderaan Bermotor (UKB) Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah menjalankan operasi ke atas kenderaan berenjin petrol dan bunyi bising kenderaan motor bertempat di Jalan Tanjung Kling dan Lebuh AMJ–Paya Rumput pada 14 Julai 2023. Operasi ini melibatkan seramai 12 orang anggota dimana telah menjalankan penguatkuasaan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Petrol) 1996, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Motosikal) 2003 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987. Maklumat operasi adalah seperti berikut :- Bilangan kenderaan diuji - 67 Notis Arahan - 7 Kompaun - 3 Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka komited untuk menangani aduan awam dan menyeru orang awam dapat memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan pematuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 supaya kelestrian alam sekitar dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara. #KementerianSumberAsliAlamSekitarDanPerubahanIklim #JabatanAlamSekitar #jasnegerimelaka #AlamSekitarTanggungjawabBersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan