Penerangan
12 JULAI 2023, KANGAR - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perlis dengan kerjasama Seksyen Geospatial Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat telah mengadakan sesi taklimat 'Dimensi Baru Sistem Geospas Dan Aplikasi Portal GIS' bertempat di pejabat JAS Negeri Perlis, Kangar, Perlis.
Taklimat ini melibatkan sesi penerangan tatacara penggunaan Sistem GeoSpAS Versi 4.0 baru yang telah disampaikan oleh pegawai- pegawai Seksyen Geospatial, Bahagian Teknologi Maklumat, Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat iaitu Ketua Penolong Pengarah Puan Dayang Nurbaini Binti Awang Bujang dan Puan Siti Shahira Binti Ismail dengan kerjasama Esri Malaysia, yang diwakili oleh Puan Sarah Binti Zakariah dan Encik Remaal Raaj. Taklimat yang disampaikan adalah berkaitan aplikasi sistem Geospas dan GIS versi terkini yang sedang digunakan oleh JAS bagi meningkatkan keberkesanan tindakan pegawai-pegawai penguatkuasa di lapangan.
Selain daripada sesi taklimat, sesi interaksi antara pegawai JAS Ibu Pejabat serta Esri Malaysia dan latihan ??????????-???? turut diadakan bagi membolehkan pegawai penguatkuasa mendapat perincian lanjut dan pendedahan langsung mengenai aplikasi sistem Geospas & GIS tersebut.
JAS Negeri Perlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pengurusan tertinggi JAS Ibu Pejabat dan pihak Esri Malaysia dalam menjayakan program ini demi untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan aktiviti penguatkuasaan dan lain-lain tugas Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis.
#nrecc
#jabatanalamsekitar
#jasperlis
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasperlis_julai2023