PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

PROGRAM HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2023 ANJURAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA

DOE Melaka 17/07/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2023 ANJURAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
24/07/2023
Organisasi
DOE Melaka
Lokasi
Melaka

Penerangan

14 JULAI 2023, MELAKA - Program Hari Alam Sekitar Sedunia peringkat negeri Melaka tahun 2023 bertemakan #beatplasticpollution anjuran Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah dilaksanakan pada 13 Julai 2023 di Bilik Mesyuarat Gunasama, Aras 4, Menara Persekutuan, MITC Melaka yang lalu. Program disertai oleh YB Tuan Low Chee Leong, Timbalan Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan, mewakili JAPERUN Kota Laksamana, wakil-wakil bagi 25 Japerun di negeri Melaka dan kakitangan Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka turut hadir meraikan majlis. Pengisian program melibatkan taklimat larangan pembakaran terbuka oleh Encik Nik Mohd Faris bin Nezam, Pegawai Kawalan Bahagian Operasi, Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka. Edaran kit larangan pembakaran terbuka yang mengandungi satu (1) banner, lima (5) helai poster dan beberapa pamplet berkenaan larangan pembakaran terbuka juga telah diedarkan kepada wakil japerun semasa program tersebut. Orang awam dinasihatkan untuk tidak melakukan aktiviti pembakaran terbuka yang boleh menjejaskan kualiti udara dan kesihatan. Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka tidak akan berkompromi terhadap penjenayah yang melakukan sebarang jenis pencemaran alam sekitar. Sebarang aduan boleh hubungi di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke [email protected] atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my/eaduan/index.php. #KementerianSumberAsliAlamSekitarDanPerubahanIklim #JabatanAlamSekitar #jasnegerimelaka #AlamSekitarTanggungjawabBersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan