Penerangan
*LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN TAWAU *
TARIKH: 13.07.2023 (KHAMIS)
MASA: 08.00 AM - 7.00 PM
ANGGOTA: PPKK MZI & PPK STH
TUGAS:
1??. Siasatan aduan bunyi bising aktiviti memecah batu di Kg. Pasir Putih, Tawau dan aduan pelepasan asap dari KLKPO, POIC, Lahad Datu.
2??. Rondaan darat OMPT.
KAWASAN RONDAAN
1??. Tawau - Jalan Utara - Pasir Putih - Jalan Apas - Kunak – Sabahan - Lahad Datu - POIC
PENEMUAN:
Aduan Bunyi Bising, Kg. Pasir Putih
1??. Aktiviti mengeluarkan batu-batu yang terdapat dikaki bukit oleh pemilik tanah persendirian untuk tujuan meratakan tanah.
2??. Batu-batu yang telah berjaya dikeluarkan akan dipecahkan menggunakan jentera berat dan alat penghancur batu berskala kecil.
3??. Aktiviti pemecahan batu dijalankan di kawasan tersebut kerana saiz batu yang agak besar dan berat sukar untuk dialihkan.
4??. Tiada aktiviti pemecahan batu dijalankan semasa siasatan dan bunyi bising dipercayai terhasil semasa aktiviti pemecahan batu dijalankan.
Aduan Pelepasan Asap Dan Bau Dari KLK Premier Oils, POIC
1??. Premis sedang dalam proses pemasangan ESP.
2??. CEMS berfungsi dengan baik.
3??. Semakan rekod CEMS semasa aduan diterima mendapati Opacity & PM patuh PUB.
4??. Bau dipercayai berpunca dari
proses penyejukan air dari proses refinery dengan menggunakan hotwell & dirty cooling tower.
5??. Pencemaran bau dipercayai akan berlaku semasa angin bertiup kuat memandang lokasi premia berada di tepi laut.
TINDAKAN PENGUATKUASAAN
Aduan Bunyi Bising, Kg. Pasir Putih
1??. Pemilik tanah diminta untuk merujuk kepada pihak JPAS dan Jabatan Tanah.
2??. Aduan ini akan dipanjangkan kepada pihak JPAS.
Aduan Pelepasan Asap Dan Bau
1??. FC telah dikeluarkan dan akan disusuli dengan NA supaya premia mengambil tindakan pembaikan.
2??. Borang selongkar telah dikeluarkan kepada premis.
Tiada aktiviti PT dikesan sewaktu rondaan.
Cuaca : Panas
Sekian.