PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan

PROGRAM ‘RIVER TRACING’ BAGI PEMBANGUNAN INVENTORI PUNCA PENCEMARAN SUNGAI DI PERLIS

DOE Perlis 24/07/2023 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM ‘RIVER TRACING’ BAGI PEMBANGUNAN INVENTORI PUNCA PENCEMARAN SUNGAI DI PERLIS
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
24/07/2023
Organisasi
DOE Perlis
Lokasi
Perlis

Penerangan

11 JULAI 2023, KANGAR - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis telah memulakan program pembangunan inventori punca pencemaran dan pemantauan kualiti air sungai melalui kaedah ‘river tracing’ bagi mengenalpasti tahap kualiti air dan punca-punca pencemaran yang terdapat di sepanjang sungai di Negeri Perlis terutamanya di kawasan yang sering menerima aduan pencemaran air. Semasa program ini dijalankan, terdapat pelbagai jenis aktiviti yang berpotensi menyumbang kepada pencemaran telah ditemui di sepanjang aliran sungai terlibat. Antaranya aktiviti penternakan, perladangan, kawasan penempatan dan pengairan tanaman padi. Pengukuran kualiti air secara in-situ bagi setiap sampel air sungai juga dibuat untuk tujuan rujukan dan melengkapkan data berkaitan inventori punca pencemaran di kawasan tersebut. Pelbagai kaedah pengumpulan data telah digunakan dalam program ini yang antaranya memplot data menggunakan imej drone, mengambil gambar keadaan semasa sungai dan aktiviti sekitar, temubual bersama pemilik premis perindustrian dan penduduk berhampiran serta semakan data dari Sistem Pemantauan Kualiti Alam Sekitar (EQMP). Objektif program ini adalah untuk mengumpul maklumat untuk pembangunan data inventori punca pencemaran yang akan dimanfaatkan sebagai rujukan untuk mencari penyelesaian holistik bagi mengatasi isu aduan berulang berkaitan pencemaran sungai. Program seumpama ini akan diteruskan ke kawasan-kawasan lain secara berperingkat. Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis komited melaksanakan pemantauan kualiti alam sekitar supaya alam sekitar terjaga demi memastikan kelestarian alam sekitar Negeri Perlis terus terpelihara untuk generasi akan datang. #nrecc #jabatanalamsekitar #jasperlis #alamsekitartanggungjawabbersama #jasperlis_julai2023

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan