Penerangan
12 JUN 2023, GERIK - MRSM Gerik telah mengadakan Minggu Aktiviti Maktab yang melibatkan program kesedaran alam sekitar di sekolah tersebut bersempena Sambutan Hari Bumi. Program ini berlangsung dari 12 hingga 16 Jun 2023 yang melibatkan murid dan para guru.
Antara pengisian aktiviti bagi program kesedaran alam sekitar adalah ceramah kesedaran dan pertandingan mewarna. Turut diadakan ialah aktiviti permainan menguji minda dalam kalangan guru dan murid seperti menyusun puzzle logo dan tayangan video serta penerangan berkenaan isu-isu alam sekitar setempat.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak sentiasa menyokong usaha-usaha pihak sekolah di negeri ini, bagi menyalurkan maklumat berkenaan kepentingan penjagaaan dan pemuliharaan alam sekitar khususnya kepada warga sekolah dan masyarakat sekeliling.