Penerangan
10 JUN 2023, IPOH - JAS Perak telah menerima aduan mengenai pelepasan cecair berwarna biru di kawasan Perindustrian Tasek. Hasil siasatan mendapati ianya berpunca daripada sebuah kilang yang menjalankan aktiviti pengolahan buangan terjadual.
Tindakan serta merta telah diambil terhadap kilang dengan mengarahkan kilang untuk menghentikan pelepasan dan membersihkan longkang yg dicemari. Sampel telah diambil utk dianalisa oleh Jabatan Kimia Malaysia. Siasatan dan tindakan lanjut akan diambil di bawah Seksyen 18 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Semua premis industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya dan tindakan tegas akan diambil sekiranya berlaku kesalahan mencemarkan alam sekitar.