Penerangan
14 JUN 2023, BOTA – Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah memenuhi jemputan ceramah kesedaran alam sekitar daripada SMK Dato' Abdul Rahman Yaakub sekaligus mempromosikan sekolah lestari.
Program ini yang melibatkan lebih 700 orang pelajar yang terdiri daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5 merupakan usaha dan komitmen pihak sekolah dalam menyedarkan warga sekolah untuk menjaga dan memelihara alam sekitar, khususnya di kawasan sekolah dan sekitar.
Ceramah ini juga mendedahkan maklumat dan infomasi kepada seluruh warga sekolah untuk menjadikan SMK Dato' Abdul Rahman Yaakub dikenali sebagai Sekolah Lestari di negeri Perak.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak yakin dengan komitmen dan kerjasama seluruh warga SMK Dato' Abdul Rahman Yaakub, cita-cita menjadikan ‘para pelajar mesra alam sekitar’ dan sekolah ini sebagai lestari akan tercapai.