Penerangan
12 Jun 2023, IPOH - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah menjalankan satu operasi terhadap premis-premis di Kawasan Perindustrian Tungzen, Kampung Kepayang, Perak. Dalam masa yang sama, Jabatan Alam Sekitar Cawangan Taiping dan Jabatan Alam Sekitar Cawangan Teluk Intan turut menjalankan operasi ke atas premis-premis di kawasan masing-masing yang dijalankan pada 12 hingga 14 Jun 2023 yang lalu.
Tujuan Ops Gempur ini adalah untuk memastikan premis-premis khususnya di Negeri Perak patuh kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.
Dalam operasi ini sebanyak 8 pasukan penguatkuasaan JAS yang melibatkan seramai 22 anggota dan 41 anggota dari pelbagai agensi luar. Sebanyak 27 premis telah diperiksa yang membawa kepada tindakan 27 Field Citation, 7 Notis Arahan dan 15 Kompaun.
Semua premis diarahkan supaya sentiasa mematuhi semua peraturan-peraturan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi memastikan alam sekitar sentiasa terpeliharan.
Pemantauan berterusan akan dijalankan bagi memastikan pematuhan berterusan oleh semua premis khususnya di Negeri Perak.