PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

SESI LIBAT URUS SIRI 1/2023 - KAJIAN MEKANISME PELAKSANAAN PEMATUHAN PELAN TINDAK BALAS KAWALAN TUMPAHAN MINYAK (OSRP) DI BAWAH RMKe-12

DOE WP Putrajaya 24/07/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SESI LIBAT URUS SIRI 1/2023 - KAJIAN MEKANISME PELAKSANAAN PEMATUHAN PELAN TINDAK BALAS KAWALAN TUMPAHAN MINYAK (OSRP) DI BAWAH RMKe-12
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
24/07/2023
Organisasi
DOE WP Putrajaya

Penerangan

Tarikh: 4 Hingga 6 Julai 2023 Tempat: Residence Inn, Cherating, Pahang Penglibatan: Seramai 38 orang peserta yang terdiri dari wakil-wakil pejabat JAS Negeri, JLM, APMM, Lembaga Pelabuhan Johor, Lembaga Pelabuhan Kuantan, Lembaga Pelabuhan Klang, Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah, Lembaga Pelabuhan Kuching, Lembaga Pelabuhan Bintulu, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, PETRONAS (HSE & MPM), Heng Yuan Refinery Company, PIMMAG, Sea Hibiscus Sdn Bhd, Pandan Technology Resources Sdn Bhd dan PV Environment Equipment Sdn Bhd Objektif: untuk mendapatkan input dan pandangan pihak berkepentingan yang berkepakaran dan berpengalaman dalam pengurusan tumpahan minyak di Malaysia khususnya untuk menyediakan input draf Garis Panduan Pelan Tindak Balas Kawalan Tumpahan Minyak (OSRP) bagi industri minyak dan gas/ pelabuhan/ jeti, draf Prosedur Tetap Operasi (PTO) pelaksanaan audit OSRP dan draf Modul Latihan tatacara pelaksanaan audit OSRP bagi pegawai-pegawai JAS. Manakala output sesi libat urus ini pula adalah penyediaan input draf Garis Panduan, PTO dan Modul Latihan bagi Pelan Tindak Balas Kawalan Tumpahan Minyak dan pelaksanaan audit yang akan melibatkan pegawai-pegawai JAS Negeri. Di samping itu, input sesi libat urus juga memainkan peranan penting untuk penyediaan Laporan Kemajuan 1 bagi Kajian ini yang turut melibatkan penganjuran Sesi Libat Urus Ke-2 bagi memperhalusi input penyediaan draf ketiga-tiga dokumen berkenaan.  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan