Penerangan
2 Julai 2023, Shah Alam - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah menjalankan Operasi Khas (Motosikal) Bersepadu Hari Raya Aidil Adha (Ops HRAA) 2023 anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Selangor di Plaza Tol Penchala Arah Petaling Jaya, Lebuhraya Damansara - Puchong bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Dalam operasi ini, sejumlah 375 buah motorsikal telah disaring dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 13 buah motosikal telah diuji pelepasan gas. Sebanyak 3 buah motosikal didapati gagal mematuhi had pelepasan gas karbon monoksida (CO) yang dibenarkan iaitu 4.5% di bawah Per. 10(1), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Motosikal) 2003.
Penguatkuasaan bagi pematuhan ke atas Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 terus dipergiatkan bagi mencegah pencemaran udara daripada pelepasan kenderaan bermotor.