PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar

LAPORAN SIASATAN ADUAN INSIDEN MINYAK BOILER (LFO) MEMASUKI SUNGAI BALAK

DOE Selangor 24/07/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAPORAN SIASATAN ADUAN INSIDEN MINYAK BOILER (LFO) MEMASUKI SUNGAI BALAK
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
24/07/2023
Organisasi
DOE Selangor
Lokasi
Selangor

Penerangan

TARIKH : 9/7/2023 MASA : 9.00am – 12.00pm LOKASI: SERI KEMBANGAN SELANGOR Seri Kembangan, 9 Julai 2023 -  Sepasukan pegawai Jabatan Alam Sekitar telah menjalankan siasatan aduan dimana berlakunya insiden ‘human error’ ke atas switch LFO bagi bahan api Boiler. Difahamkan penunjuk suis adalah pada ‘auto’ sebaliknya berlaku iaitu suiz di ‘on’ kepada manual dan menyebabkan berlakunya overflow di tank bahan api boiler. Kejadian disyaki berlaku ketika semua pekerja sedang rehat. Sebaik pekerja pulang daripada waktu rehat kira-kira 1.00 petang, pekerja memaklumkan terdapat bau di longkang pintu masuk dan segera memaklumkan kepada pengurusan. Pihak pengurusan telah mengambil tindakan segera meletakkan pasir, oil boom dan oil pad pada sumpit dan longkang longkang awam dan memaklumkan kepada pegawai JAS berkaitan kejadian. Oil pad juga diletakkan di dalam Onsite Stormwater Detention (OSD) dan sebahagian pekerja diarahkan ke Sungai Balak dan membersihkan minyak yang terlepas keluar ke Sungai Balak. Jarak dari premis ke Sungai Balak lebih kurang 300meter. Premis selesai menjalankan proses membersihkan sisa minyak sehingga jam 2 pagi. Pemeriksaan di sekitar longkang dan sungai juga mendapati sudah dibersihkan dan tiada lagi LFO di kawasan berkenaan. Pemeriksaan sekitar premis juga mendapati, premis sedang menaiktaraf kawasan penstoran LFO, Diesel dan Sumpit. Premis juga baru siap membina OSD (kolam bawah tanah). Pemeriksaan sekitar juga tiada sebarang ‘bypass’ dan insiden berlaku disebabkan ‘human error’. Jarak premis ke LRA Bukit Tampoi adalah 35km. Pemantauan turut menggunakan drone dan tiada lagi sebarang kesan minyak daripada premis ke Sungai Balak. TINDAKAN Melalui FC, premis diarahkan untuk; 1. Premis diarahkan menukar switch boiler LFO kepada fully auto (atau disable manual function). 2. Premis diarahkan mengkaji semula kedudukan boiler room, saiz sumpit agar dapat membendung sekiranya berlakunya pertumpahan. 3. Onsite Stormwater Detention (OSD) bukan bertindak sebagai oiltrap (ianya lebih kepada bertujuan mengelak daripada berlakunya banjir). Premis perlu kaji semula samada naiktaraf OSD kepada `oiltrap' atau mengkaji semula bahan api boiler daripada sumber lain contohnya elektrik dan lain-lain. 4. Semua oil boom, oil trap dan sisa minyak yang dikumpulkan daripada aktiviti pembersihan longkang/sungai dilupuskan sebagai Buangan Terjadual. 5. Premis diminta untuk beri maklumbalas perkara 1,2,3 dan 4 dalam kadar segera.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan