PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan

RONDAAN DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN DI KAWASAN SHAH ALAM SELATAN

DOE Selangor 24/07/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN DI KAWASAN SHAH ALAM SELATAN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
24/07/2023
Organisasi
DOE Selangor
Lokasi
Selangor

Penerangan

TARIKH/HARI: 9 Julai 2023 (Ahad) MASA : 11.00 am - 7.00 pm LOKASI: kawasan perindustrian dan komersial di sekitar kawasan Shah Alam Selatan 9 Julai 2023, Shah Alam - Rondaan beserta pemantauan telah dijalankan oleh pegawai JAS negeri selangor di kawasan perindustrian dan komersial di sekitar kawasan Shah Alam Selatan. Sepanjang tempoh rondaan keadaan cuaca panas disemua tempat. Rondaan tertumpu di kawasan-kawasan perindustrian dan mendapati kebanyakan premis tidak beroperasi pada hujung minggu. Tinjauan di longkang-longkang sekitar kawasan premis yang beroperasi mendapati tiada sebarang pencemaran atau kesan pencemaran dikesan. Pasukan peronda juga tidak menemui sebarang punca pencemaran udara dan pembakaran terbuka. Pemeriksaan pada cerobong premis juga tiada sebarang pelepasan asap hitam. Secara keseluruhannya, keadaan kawasan rondaan adalah baik dan tiada sebarang pencemaran yang dikesan.  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan