PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar|Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

MESYUARAT PERBINCANGAN PELEPASAN CUKAI BAGI SAMPAH KITAR SEMULA DAN E-WASTE BERSAMA PERBADANAN LABUAN DAN KASTAM

DOE WP Labuan 24/07/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT PERBINCANGAN PELEPASAN CUKAI BAGI SAMPAH KITAR SEMULA DAN E-WASTE BERSAMA PERBADANAN LABUAN DAN KASTAM
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
24/07/2023
Organisasi
DOE WP Labuan
Lokasi
W.P Labuan

Penerangan

?? Tarikh: 5 Julai 2023 (Rabu) ?? Masa: 10 pagi – 11 pagi ?? Tempat: Perbadanan Labuan ??????? Pengerusi: Tuan Gillbert (Pengerusi ) ?? Kehadiran: Perbadanan Labuan, Kastam ?? Kehadiran JAS WP Labuan: PPK Muniff Adha dan Pegawai MySTEP Nur Aliya Adibah ??? Ulasan: 1. Mesyuarat telah diadakan pada 5 Julai 2023 (Rabu) dan telah dipengerusikan oleh Tuan Gillbert (Pengerusi) bagi membincangkan cadangan-cadangan dan juga meminta input-input dari pihak Jabatan Alam Sekitar berkenaan pengurusan pelupusan sampah kitar semula dan E-waste. Mereka juga telah memohon pelepasan cukai daripada pihak Kastam untuk mengangkut keluar sampah kitar semula dan E-waste untuk keluar dari Labuan bagi tujuan pelupusan. ??Hasil mesyuarat: - KASTAM memerlukan surat sokongan dari PL dan JAS untuk memberi pelepasan cukai kepada syarikat yang diberikan tanggungjawab mengeksport keluar sampah kitar semula dan eWaste dari isi rumah -Pihak PL perlu berunding dengan syarikat tersebut tentang isu pelupusan sampah kitar semula kerana ianya tidak termasuk dibawah tanggungjawab Jabatan Alam Sekitar. -Manakala isu eWaste JAS akan bekerjasama dengan PL dan syarikat yang sanggup melakukan pelupusan ini secara CSR. Syarikat tersebut perlu dipanggil untuk hadir mesyuarat dan menyatakan kesediaannya melakukan pelupusan secara CSR tersebut. -Jabatan Alam Sekitar menyokong penuh pelepasan cukai diberikan kepada syarikat yang ingin melakukan aktiviti CSR pelupusan eWaste demi kepentingan kelestarian alam sekitar Wilayah Persekutuan Labuan. JAS juga menegaskan bahawa alam sekitar ini adalah tanggungjawab bersama. -Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11 pagi. Sekian. JAS WP Labuan #JASMalaysia #JASWPLabuan

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan