Penerangan
?? Tarikh: 24 JUN 2023 (SABTU)
?? Masa: 7 HINGGA 11 PAGI
?? Tempat: PANTAI SUNGAI MIRI
?? Kehadiran JAS WP Labuan: SEMUA KAKITANGAN JAS WP LABUAN
??? Ulasan:
1. JAS WP Labuan telah mengadakan Pemaran Kesedaran Alam Sekitar, Pembukaan Pendaftaran Ahli Rakan Alam Sekitar dan juga Program Konsultasi Percuma Bagi Pemeriksaan Asap Diesel, Penghawa Dingin dan Bunyi Bising sempena Hari Alam Sekitar Sedunia Tahun 2023.
2. JAS WP Labuan pada hari tersebut juga telah melaksanakan beberapa program kesedaran hasil usaha sama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di bawah Program Gerak Rahmah 2023 Jom Bersih dan Indah yang telah diadakan serentak seluruh Malaysia. Antara peranan JAS WP Labuan pada hari tersebut adalah mengadakan pameran alatan pemeriksaan, pendaftaran ahli RAS dan pemeriksaan dan konsultasi percuma bagi pelepasan asap diesel, refrigeran dan bunyi ekzos motosikal.
3. Seramai lebih 70 penyertaan daripada RAS yang telah berdaftar secara percuma di atas talian myras.doe.gov.my. Selain itu, bagi aktiviti plogging pula, semua peserta diminta untuk mengutip sampah di sepanjang Pantai Sungai Miri.
4. Terdapat juga beberapa kenderaan yang telah berhenti melakukan pemeriksaan asap diesel, pemeriksaan refrigeran dan pemeriksaan bunyi bising ekzos motosikal bagi tujuan kesedaran alam sekitar. Konsultasi secara percuma juga telah diberikan kepada mereka.
5. JAS WP Labuan akan memastikan masyarakat sentiasa peka terhadap program-program kesedaran yang diadakan oleh pihak JAS WP Labuan. Ini sebagai salah satu usaha murni JAS WP Labuan memastikan masyarakat faham dan bertindak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan di dalam AKAS 1974.
Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama
Sekian.
JAS WP Labuan
#JASMalaysia
#JASWPLabuan