Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- LAPORAN RONDAAN OMPT, PEMANTAUAN DAN PENGAWASAN LAIN-LAIN PENCEMARAN DI WP LABUAN SEMPENA HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA TAHUN 2023.
- Tahun
- 2023
- Tarikh Keluaran
- 24/07/2023
- Organisasi
- DOE WP Labuan
- Lokasi
- W.P Labuan
Penerangan
TARIKH : 05.06.2023 (Isnin)
MASA : 10.30 pagi – 4.00 petang
KAW. RONDAAN :
Pusat Bandar – Kawasan Perkampungan Sungai Keling- Kawasan Perkampungan Kinabenua- Kawasan Perkampungan Kiansam- Kawasan Kawasan Perkampungan Sungai Lada/Sungai Miri- Kawasan Perkampungan Sungai Labu - Kawasan Perkampungan Layang-layangan - Bukit Kalam - Tapak Pelupusan Sampah - Perkampungan Pohon Batu - Kampung Pantai - Pusat Bandar
1. JAS WP Labuan telah mengadakan Rondaan OMPT di kawasan industri dan kampung-kampung di WP Labuan dan juga Tapak Pelupusan Sampah Bukit Kalam. JAS WP Labuan juga telah melakukan rondaan kesan pencemaran di kawasan pantai bagi memastikan tiada kejadian tumpahan minyak berlaku. Satu rondaan juga dilakukan susulan kebakaran hutan yang berlaku.
2. Terdapat pembakaran terbuka ditemui di Kampung Sungai Keling dan JAS WP Labuan telah memberi arahan untuk memadamkan api serta merta. Pelaku telah diberikan teguran dan amaran untuk tidak melakukan Pembakaran Terbuka. Risalah telah diberikan kepada pelaku sebagai peringatan. Rondaan lanjut telah dilakukan dan tiada kesan kebakaran baru di lokasi sekeliling.
3. JAS WP Labuan juga mendapatai tiada kesan-kesan pencemaran atau Tarball di temui di kawasan pantai dan tiada tiada kesan-kesan pembakaran terbuka mahupun aktivit yang mencurigakan di kawasan Tapak Pelupusan Sampah
4. JAS WP Labuan akan melakukan rondaan berkala hendaklah terus dilaksanakan di kawasan Kampung, Kawasan Perindustrian dan pantai untuk memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa JAS Labuan sentiasa memantau kawasan-kawasan strategik ini.
#JASMalaysia
#JASWPLabuan