Penerangan
TARIKH : 13.06.2023 (Selasa)
MASA : 9 Pagi - 1140 Pagi
KAW. RONDAAN :
Pusat Bandar - Jalan Jumidar Buyung - Kg. Muslim - Kg. Sg. Keling - Jalan Kinabenua - Jalan UMS Labuan - Kg. Sg. Miri - Kg. Sg. Lada - Kg. Sg. Labu - Kg. Layang layangan - Kg. Killan - Kg. Bukit Kallam - Jalan Pulau Buah - Kg. Kerupang 2 - Jalan Pesisir Pantai Nagalang - Pusat Bandar
JAS Labuan telah menjalankan siasatan terhadap dua (2) aduan Pembakaran Terbuka oleh orang awam di Kg. Killan dan Kg. Kerupang dan melakukan rondaan memantau aktiviti Pembakaran Terbuka.
Aduan tersebut telah menemukan JAS Labuan dengan dua (2) bekas aktiviti pembakaran terbuka. Setelah siasatan dilakukan keatas pelaku, masing-masing mengaku bersalah terhadap aktiviti yang dilakukan. Lokasi aduan pertama (1), syarikat ini telah melakukan pembakaran terbuka dengan membakar sisa plastik, getah, besi dan juga pohon yang reput. Kompaun akan dikeluarkan kepada syarikat ini. Lokasi aduan kedua (2), telah melakukan pembakaran terbuka dengan membakar sisa kebun seperti daun kering dan rumput kering. JAS Labuan telah mengambil tindakan tegas terhadap kedua-dua pelaku bagi memastikan mereka tidak mengulangi perkara yang sama. Selain itu, tiada Pembakaran Terbuka dikesan semasa rondaan OMPT dibuat di kawasan yang dinyatakan di atas.
#JASMalaysia
#JASWPLabuan