PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

LAPORAN RONDAAN OMPT, PEMANTAUAN DAN PENGAWASAN LAIN-LAIN PENCEMARAN DI WP LABUAN

DOE WP Labuan 15/09/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAPORAN RONDAAN OMPT, PEMANTAUAN DAN PENGAWASAN LAIN-LAIN PENCEMARAN DI WP LABUAN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
24/07/2023
Organisasi
DOE WP Labuan
Lokasi
W.P Labuan

Penerangan

TARIKH : 3.06.2023 (Sabtu) MASA : 9 pagi – 2.30 petang KAW. RONDAAN : Pusat Bandar – Kawasan Perindustrian Rancha-Rancha – ASB 36 Ekar - Kawasan Perkampungan Sungai Keling- Kawasan Perkampungan Kinabenua- Kawasan Perkampungan Kiansam- Kawasan Kawasan Perkampungan Sungai Lada/Sungai Miri- Kawasan Perkampungan Sungai Labu - Kawasan Perkampungan Layang-layangan- Kawasan Perkampungan Sungai Bedaun- Perkampungan Sungai Buton- Kawasan Perkampungan Kinabenua - Kawasan Perkampungan Sungai Keling- Kawasan Perumahan SEC- Jalan Patau-patau – Pusat Bandar. 1. JAS WP Labuan telah melakukan pemantauan premis di seluruh kawasan industri bagi memastikan tiada sebarang aktiviti pencemaran alam sekitar. Selain itu, rondaan OMPT di kawasan industri dan kampung-kampung di WP Labuan juga telah dilakukan bagi memastikan tiada aktiviti Pembakaran Terbuka dilakukan. JAS WP Labuan juga telah melakukan Operasi Catat Kenderaan Petrol dan Diesel di jalan Patau-Patau dan sekitarnya. 2. Semasa rondaan dilakukan, JAS WP Labuan telah mendapati terdapat pembakaran terbuka ditemui di kawasan rondaan dan terdapat pelanggaran kawalan bagi kenderaan asap Petrol dan Diesel telah dikesan. 3. Kebakaran telah dipadam oleh pihak bomba pada pukul 1.48 petang dan telah selesai sepenuhnya. Manakala catatan nombor kenderaan telah diambil bagi tindakan lanjut. 4. Oleh itu, rondaan berkala hendaklah terus dilaksanakan di kawasan Kampung, Kawasan Perindustrian dan pantai untuk memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa JAS Labuan sentiasa memantau kawasan-kawasan strategik ini #JASMalaysia #JASWPLabuan

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan