Penerangan
TARIKH : 13.05.2023 (Sabtu)
MASA : 9 pagi – 3 petang
KAW. RONDAAN :
Pusat Bandar - Pulau Enoe - ASB 36 ekar - Patau-Patau - Rancha-Rancha - Industri Kecil Sederhana - Sg Keling - Sg Bedaun - Lajau - Tg Aru - Pohon Batu - Kawasan Pesisir Pantai - Kerupang - Nagalang
JAS WP Labuan telah melakukan pemantauan premis di seluruh kawasan industri bagi memastikan tiada sebarang aktiviti pencemaran alam sekitar dan rondaan OMPT di kawasan industri serta kampung-kampung di WP Labuan.
Semasa rondaan dilakukan, terdapat 1 aktiviti pembakaran terbuka telah dikesan di kawasan Kampung Pohon Batu, WP Labuan. Bahan yang dibakar adalah sisa dari kebun dan juga alatan kenderaan yang telah usang seperti wayar. Manakala di kawasan industri Rancha-Rancha, tiada sebarang aktiviti pembakaran terbuka dikesan di kawasan tersebut.
JAS WP Labuan telah memberi amaran lisan kepada pelaku dan memberi risalah Larangan Pembakaran Terbuka kepada pelaku.
JAS WP Labuan akan sentiasa melakukan rondaan berkala di kawasan ini bagi memastikan Pembakaran Terbuka tidak berulang kembali.
#JASMalaysia
#JASWPLabuan