Penerangan
TARIKH : 28.05.2023 (Sabtu)
MASA : 8.45 pagi – 1 petang
KAW. RONDAAN :
Pusat Bandar - Pulau Enoe - ASB 36 ekar – ASB 45 ekar - Patau-Patau - Rancha-Rancha - Industri Kecil Sederhana - Sg Keling - Pulau Buah - Kg. Kerupang - Kawasan Pesisir Pantai - Tg. Aru - Tg. Bendera - Pusat Bandar
JAS WP Labuan telah melakukan pemantauan premis di seluruh kawasan industri bagi memastikan tiada sebarang aktiviti pencemaran alam sekitar terutamanya pemantauan di Jeti ASB Sdn. Bhd. Untuk memastikan tiada sebarang tumpahan minyak melalui proses bunkering.
JAS WP Labuan juga giat melakukan rondaan OMPT di kawasan industri dan kampung-kampung di WP Labuan bagi memastikan tiada aktiviti pembakaran terbuka berlaku lagi lagi semasa musim panas ini. JAS WP Labuan juga telah melakukan rondaan bagi memastikan tiada tanda-tanda tumpahan minyak di pantai berlaku.
JAS WP Labuan telah mendapati kawasan Jeti Rancha-Rancha Industrial aktif menjalankan aktiviti perkapalan, Rondaan akan dijalankan secara kerap di Kawasan berkenaan bagi mengelak berlaku sebarang tumpahan minyak.
Sepanjang rondaan dijalankan, tiada sebarang aktiviti pembakaran terbuka di kawasan industri dan tiada tanda-tanda tumpahan minyak atau tarball dikesan semasa rondaan dijalankan.
JAS WP Labuan akan sentiasa melakukan rondaan bagi mengelakkan pencemaran alam sekitar berlaku di WP Labuan.
#JASMalaysia
#JASWPLabuan