PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

SEAH WAREHOUSE 'EXERCISE ENOE' CIMAH EXERCISE PRE DRILL

DOE WP Labuan 24/07/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SEAH WAREHOUSE 'EXERCISE ENOE' CIMAH EXERCISE PRE DRILL
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
24/07/2023
Organisasi
DOE WP Labuan
Lokasi
W.P Labuan

Penerangan

Tarikh: 16 JUN 2023 (JUMAAT) Masa: 9-11 PAGI Tempat: SEA HIBISCUS WAREHOUSE Objektif latihan adalah untuk memberi gambaran kepada pihak Labuan Crude Oil Terminal (LCOT) untuk menangani tindak balas kecemasan dan kejadian yang melibatkan pencemaran alam sekitar. Latihan ini juga bagi memastikan komunikasi semasa kejadian kecemasan ini dilaksanakan dengan baik. Seterusnya, agensi dapat mengendalikan situasi kecemasan dengan tenang mengikut prosedur operasi standard yang sebenar. JAS WP Labuan telah dijemput untuk bersama-sama terlibat dalam menjayakan latihan SEAH Warehouse 'Exercise Enoe' CIMAH Exercise Pre Drill yang telah diadakan di SEA Hibiscus Warehouse, Rancha-Rancha. Latihan ini telah dihadiri oleh Encik Man Sah, Encik Muniff Adha dan Encik Junaidi sebagai pegawai yang bertugas sekiranya kecemasan berlaku. Latihan ini telah dianjurkan oleh pihak SEA Hibiscus Labuan dan seramai lebih 50 orang peserta daripada pelbagai agensi termasuklah Polis Di Raja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan juga telah hadir bagi bersama-sama terlibat dalam latihan ini. Sesi Latihan ini menekankan tentang Memastikan komunikasi semasa kejadian kecemasan ini dilaksanakan dengan baik dan dapat mengendalikan situasi kecemasan dengan tenang mengikut prosedur operasi standard yang sebenar. JAS WP Labuan akan sentiasa memastikan pencemaran-pencemaran yang berlaku disebabkan kemalangan akan dapat diatasi dengan kerjasama pelbagai agensi. JAS WP Labuan juga akan sentiasa bersedia menghadapi pencemaran-pencemaran yang berlaku disebabkan kemalangan. #JASMalaysia #JASWPLabuan