Penerangan
TARIKH : 27.05.2023 (Sabtu)
MASA : 8.45 pagi – 1 petang
KAW. RONDAAN :
Pusat Bandar - Pulau Enoe - ASB 36 ekar - Patau-Patau - Rancha-Rancha - Industri Kecil Sederhana - Sg Keling - Pulau Buah - Kg. Kerupang - Kawasan Pesisir Pantai - Tg. Purun - Tg. Bendera - Pusat Bandar
JAS WP Labuan telah melakukan pemantauan premis di seluruh kawasan industri bagi memastikan tiada sebarang aktiviti pencemaran alam sekitar.
JAS WP Labuan juga telah melakukan Rondaan OMPT di kawasan industri dan kampung-kampung di WP Labuan bagi memastikan tiada aktiviti pembakaran terbuka berlaku. JAS WP Labuan juga telah mengambil inisiatif untuk memantau tanda-tanda tumpahan minyak di pantai di kawasan industri dan juga kawasan-kawasan yang berpotensi berlakunya pembuangan haram.
Berdasarkan rondaan ini, JAS WP Labuan mendapati bahawasa kawasan pantai berhampiran Rancha-Rancha, kotor dengan sampah-sampah plastik. Oleh itu, JAS WP Labuan akan melakukan inisiatif bagi memastikan kawasan tersebut bersih dengan mengadakan aktiviti Kutip Sampah dan Riadah (KUDAH).
JAS WP Labuan juga mendapati tiada sebarang aktiviti pembakaran terbuka di kawasan industri kerana semasa rondaan dijalankan serta JAS WP Labuan tidak menjumpai tanda-tanda tumpahan minyak atau tarball dikesan semasa rondaan dijalankan.
JAS WP Labuan akan sentiasa melakukan rondaan berkala bagi mengelakkan pencemaran alam sekitar berlaku di WP Labuan.
#JASMalaysia
#JASWPLabuan