PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

BENGKEL SPESIFIKASI KEPERLUAN PENGGUNA (USER REQUIREMENT SPECIFICATION-URS) BAGI PEMBANGUNAN SISTEM APLIKASI SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR

DOE WP Putrajaya 24/07/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
BENGKEL SPESIFIKASI KEPERLUAN PENGGUNA (USER REQUIREMENT SPECIFICATION-URS) BAGI PEMBANGUNAN SISTEM APLIKASI SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
24/07/2023
Organisasi
DOE WP Putrajaya
Lokasi
Putrajaya

Penerangan

Tarikh: 26 Hingga 27 JUN 2023 Tempat: Park Inn by Raddison Putrajaya Penglibatan : JAS HQ, JAS NEGERI, KPM, WAKIL UNIVERSITI, WAKIL SEKOLAH DAN VENDOR PEMBANGUN APLIKASI Penglibatan JAS WP Labuan: PPK Muniff Adha Intipati perjumpaan: 1. Tujuan bengkel spesifikasi keperluan pengguna ini adalah untuk merancang di peringkat awalan bagi membina sebuah aplikasi yang bersistem, teratur dan mesra pengguna. Oleh itu, wakil dari setiap agensi yang terlibat di dalam kejayaan dan keberkesanan pembangunan aplikasi ini diperlukan dan setiap input dan idea adalah berguna. 2. Pembahagian kumpulan telah dilakukan dimana JAS dicampurkan dengan KPM dan wakil guru di sekolah masing-masing dan telah diberikan tajuk peringkat berbeza untuk dibincangkan seperti Peringkat Pendaftaran, Peringkat Penyiapan Laporan, Peringkat Penilaian, Peringkat Pemilihan Pemenang dan seterusnya. 3. Pergaulan dari inter-agensi ini telah menghasilkan idea bagi pembikinan aplikasi ini hasil dari fikiran yang digembleng bersama. Idea tersebut telah diterjemahkan ke atas "flip chart" dan dibentangkan oleh ketua kumpulan. Pembentangan pula berformat dua hala dimana sebarang penambahan idea dari peserta lain diambil kira. Diharapkan melalui bengkel ini, pihak Vendor Pembangun Aplikasi dapat memahami dengan lebih jelas tentang keperluan pengguna iaitu para guru dan keperluan penilai iaitu pihak JAS dan lain-lain. 4. Pembentangan telah berjaya dihabiskan dan idea telah banyak dikumpul oleh pihak vendor. Bengkel susulan akan berlangsung lagi yang bertajuk User Acceptance Test yang mungkin ditakwimkan pada tahun hadapan. Kerjasama inter-agensi ini diharapkan dapat memastikan kelestarian dan keharmonian bersama. "Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama" #JASMalaysia #JASWPLabuan