PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

RONDAAN OMPT, PEMANTAUAN TUMPAHAN MINYAK DI PANTAI DAN LAIN-LAIN PENCEMARAN DI WP LABUAN

DOE WP Labuan 24/07/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN OMPT, PEMANTAUAN TUMPAHAN MINYAK DI PANTAI DAN LAIN-LAIN PENCEMARAN DI WP LABUAN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
24/07/2023
Organisasi
DOE WP Labuan
Lokasi
W.P Labuan

Penerangan

TARIKH : 14.05.2023 (Ahad) MASA : 9 pagi – 3 petang KAW. RONDAAN : Pusat Bandar - Pulau Enoe - ASB 36 ekar - Patau-Patau - Sg Keling - Pantai LCOT Kiamsam - Sg Bedaun - Tapak Pelupusan Sampah Bukit Kalam - Pohon Batu - Kawasan Pesisir Pantai - Kerupang - Nagalang - Pusat Bandar JAS WP Labuan telah mengadakan pemantauan premis di seluruh kawasan industri bagi memastikan tiada sebarang aktiviti pencemaran alam sekitar. Selain itu, rondaan OMPT telah dilakukan di kawasan industri dan kampung-kampung di sekitar WP Labuan dan memantau tanda-tanda tumpahan minyak di pantai. Sepanjang rondaan dilakukan tiada tanda-tanda tumpahan minyak dan tarball dikesan di kawasan pantai ASB 36 ekar, Pantai LCOT Kiamsam, Pantai UMS/Sg. Pagar dan Pantai Batu Manikar. Selain itu, tiada sebarang aktiviti pembakaran terbuka di kawasan industri dan kampung-kampung serta tiada sebarang aktiviti pencemaran Buangan Terjadual di Tapak Pelupusan Sampah Bukit Kalam. JAS WP Labuan akan sentiasa mengadakan rondaan berkala hendaklah terus dilaksanakan di kawasan Kampung, Kawasan Perindustrian dan pantai-pantai untuk memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa JAS WP Labuan sentiasa memantau kawasan-kawasan strategik ini #JASMalaysia #JASWPLabuan

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan