Penerangan
TARIKH : 21.05.2023 (Ahad)
MASA : 9 pagi – 3:20 petang
KAW. RONDAAN :
Pusat Bandar - Jeti Tapak Pasar Lama - Pulau Enoe - ASB 36 ekar - Patau-Patau - Sg Keling - Sg Bangat - Tapak Pelupusan Sampah Bukit Kalam - Layang-Layangan - Sg Lada - UMS - Bebuloh - Kinabenua - Pusat Bandar
Pada Sabtu lepas, Pemantauan premis di seluruh kawasan industri bagi memastikan tiada sebarang aktiviti pencemaran alam sekitar. Rondaan OMPT di kawasan industri dan kampung-kampung di WP Labuan juga telah dilakukan bagi memastikan tiada pembakaran terbuka dilakukan. Selain itu, JAS WP Labuan juga telah memantau tanda-tanda tumpahan minyak di pantai sekitar WP Labuan.
Hasil lawatan JAS WP Labuan mendapati tanda-tanda tumpahan minyak dan tarball dikesan di kawasan pantai ASB 36 ekar, Jeti Pasar Lama, Pantai Sg Lada, Pantai UMS/Sg. Pagar dan Sungai Kinabenua, tiada sebarang aktiviti pembakaran terbuka di kawasan industri dan kampung-kampung dan tiada sebarang aktiviti pencemaran BT di Tapak Pelupusan Sampah Bukit Kalam.
JAS WP Labuan akan sentiasa melakukan rondaan berkala di kawasan Kampung, Kawasan Perindustrian dan pantai-pantai untuk memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa JAS Labuan sentiasa memantau kawasan-kawasan strategik ini
#JASMalaysia
#JASWPLabuan