PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

LAPORAN RONDAAN OMPT, PEMANTAUAN DAN PENGAWASAN LAIN-LAIN PENCEMARAN DI WP LABUAN

DOE WP Labuan 15/09/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAPORAN RONDAAN OMPT, PEMANTAUAN DAN PENGAWASAN LAIN-LAIN PENCEMARAN DI WP LABUAN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
24/07/2023
Organisasi
DOE WP Labuan
Lokasi
W.P Labuan

Penerangan

TARIKH : 30.05.2023 (Selasa) MASA : 9 pagi – 1.30 petang KAW. RONDAAN : Pusat Bandar – Kawasan Perkampungan Sungai Bangat- Kawasan Perkampungan Bukit Kalam-Kawasan Perkampungan Layang-layangan- Kawasan Perindustrian Rancha-Rancha - ASB- Innatech-Pusat Bandar. JAS WP Labuan telah melakukan pemantauan premis di seluruh kawasan industri bagi memastikan tiada sebarang aktiviti pencemaran alam sekitar. Selain itu, rondaan OMPT di kawasan industri dan kampung-kampung di WP Labuan juga telah dilakukan bagi memastikan tiada Pembakaran Terbuka berlaku. Pada hari yang sama, JAS WP Labuan juga telah melakukan Siasatan Semula Kawasan Buangan Terjadual di kawasan industri. Siasatan juga telah dilakukan di kawasan Penstoran Penyimpanan Buangan Terjadual. JAS WP Labuan telah mendapati tiada sebarang pencemaran alam sekitar ditemui semasa rondaan dilakukan. Selain itu, tiada Pembakaran Terbuka dikesan semasa rondaan. Manakala siasatan mendapati bahawa Buangan Terjadual tersebut telah diuruskan oleh pihak Premis Yang Telah Di Lesenkan JAS. JAS WP Labuan akan sentiasa melakukan rondaan berkala hendaklah di kawasan Kampung, Kawasan Perindustrian dan pantai untuk memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa JAS Labuan sentiasa memantau kawasan-kawasan strategik ini daripada pencemaran alam sekitar. #JASMalaysia #JASWPLabuan

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan